Genus dan geografi Buluh

Taburan tumbuhan buluh di dunia.

Terdapat sepuluh jenis genus buluh dan ia dibahagikan lagi kepada 1,450 spesies.[2] Spesies ini boleh ditemui di pelbagai tempat dengan iklim berbeza sama ada di kawasan pergunungan yang sejuk ataupun kawasan tropika yang panas. Taburan adalah dari latitud 50° di Sakhalin sehingga ke utara Australia dan dari India sehingga ke kawasan Himalaya.[3] Selain itu, buluh juga boleh didapati di sub sahara Afrika serta di benua Amerika iaitu di kawasan negeri Atlantik Tengah[4] sehingga ke Argentina dan Chile. Benua Eropah tidak diketahui mempunyai apa-apa spesies buluh yang asli.[5]

Baru-baru ini, terdapat cubaan untuk menanam buluh secara komersial di kawasan Tasik Besar, timur-tengah Afrika terutamanya di Rwanda.[6][7] Beberapa syarikat di Amerika Syarikat juga menanam, menuai dan mengedarkan spesies seperti buluh moso.[8]

Rujukan

WikiPedia: Buluh http://www.krafbuluh.com/2009/07/info-buluh.html http://msbusiness.com/businessblog/2011/07/07/miss... http://www.springerlink.com/content/gu726j88x87k45... http://plants.usda.gov/java/profile?symbol=ARGI http://www.indiaenvironmentportal.org.in/category/... http://www.americanbamboo.org/ //doi.org/10.1023%2FA:1024139813651 http://www.newtimes.co.rw/index.php?issue=14282&ar... http://www.newtimes.co.rw/index.php?issue=14283&ar... https://www.google.com/urlsa=t&rct=j&q=&esrc=s&sou...